2
Pengiktirafan |
|
Produk Herba |
|
|
|
|
|
Perihal Perubatan |
HIV - Info dari PU
Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari ubatan HIV telah dilakukan di seluruh dunia. Tiba-tiba kita digegar oleh penemuan seorang ulamak dari Yaman.(Shiekh Abdul Majid) Walaupun ianya dipertikaikan namun mereka boleh membuktikan ratusan patien yang sembuh dengan perubatan mereka. Syukur. Rahsia ini menjadi kajian di barat sehinggakan mereka sangat cemburu dengan penemuan ulamak Islam dari negara tersebut. Di negara kita pula ,banyak juga kita mendengar ada klinik yang mampu mengubati penyakit HIV dan ada pula yang dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana dakwaan mereka itu. Kenapa isu HIV sangat sensitif? dimana ada masalah disitu ada peluang.....sesiapa yang menjumpai ubatannya akan sangat terkenal didunia pengubatan dan penjualan ubatan tersebut juga menjadi besar. Baca seterusnya
Shiekh Abdul Majid melakukan perubatan dengan kaedah ilahiah dan alamiah dan dia sanggup buktikan keimanan yang benar akan menjadi jalan di ijabahnya doa oleh Allah swt. Perubatan Jawi juga percaya hal yang sama dan kini sedang membuka peluang kepada mereka yang menghidapi gejala HIV tetapi bukan penagih dadah untuk diterapi dengan herba. Kita tidak mendakwa menyatakan kita menemui ubatannya tetapi kita akan buktikan kepada 10 orang pesakit HIV dengan testimoni kesembuhannya.
Berapakah % keyakinan akan sembuh dengan herba ini? jika anda bertanya bagitu pada saya maka saat ini saya ingin menyatakan bahawa saya mempunyai keyakinan 100% sembuh dengan Izin Allah. Mudah-mudahan saya juga akan menjadi seperti shiekh Abdul Majid yang menemui penawar HIV tetapi bukan kerana wang tapi kerana sebuah perjuangan. Amin. 1. Kini HPA telah berjaya merawat pengidap HIV dengan terapi Herba yang dirumus khas. Untuk ujian selanjutnya dan untuk dibuktikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj. Ismail Bin Hj. Ahmad telah menawarkan rawatan secara percuma kepada mana mana 10 orang individu yang menghidap HIV. Dengan keputusan ini nanti akan menjelaskan kepada kita bahawa Terapi Herba adalah Terapi Utama dan bukannya terapi alternatif sebagaimana yang dipertikaikan. Mari kita sama sama berdoa kepada Allah swt dan berganding bahu untuk kejayaan ini sesuai dengan motto HPA "Produk Halal Tanggungjawab Bersama" 2. Selain dari HIV, Rawatan Hemodilisis klinikal juga akan digantikan dengan Terapi Herba. Terapi ini masih menunggu kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. |
Pandangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi
Berubat menggunakan ubatan haram didalam bab (ضرورة الدواء) darurat kerana berubat, didalam buku halal dan haram (ms 49-50) (terjemahan Ustaz Zainys, al-ahkam):
Hide ....Baca Seterusnya |
3
HUKUM MENUNTUT ILMU PERUBATAN
Alim ulamak bersepakat mengatakan bahawa menuntut ilmu perubatan itu hukumnya adalah fardu kifayah atau satu tanggungjawab yang dikenakan keatas orang islam secara umum untuk mempelajarinya. Ganjarannya amat luas jika dilaksanakan dengan jalan yang diredhai Allah. Baca seterusnya
HUKUM MENGAJAR ILMU PERUBATAN
Hukum mengajar ilmu perubatan adalah wajib bagi orang yang arif mengetahuinya. Menyembunyikan ilmu adalah berdosa dan termasuk dalam golongan orang orang yang bakhil serta mengufuri nikmat Allah . HUKUM BERUBAT Hukum berubat ada dua iaitu Wajib dan Harus. Wajib: Hukumnya menjadi wajib sekiranya penyakit yang dihidapi mendatangkan kemudharatan atau tidak dapat menanggung kesakitan. Harus: Hukumnya menjadi harus jika si penyakit masih dapat menanggung kesakitan dan bersabar serta penyakit belum ditahap yang membimbangkan. HUKUM MENGUBAT Mengubat pesakit merupakan satu kewajipan bagi orang yang mengetahuinua. Orang yang berilmu tapi tidak menyebarkannya kepada masyarakat dianggap sebagai mengufuri nikmat Allah. Bagi perawat, merawat pesakit/pasiennya adalah salah satu ciri ciri mensyukuri nikmat Allah. Ini dijelaskan dalam Al-Quran surah Ibrahim ayat 7. Firman Allah: وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. Para ulama telah bersepakat menyatakan bahawa menolong orang yang menderita atau kebuntuan fikiran adalah salah satu usaha mendampingkan diri kepada Allah swt. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasullullah SAW bersabda: "Barang siapa yang melapangkan kesempitan dunia saudaranya yang islam, nescaya Allah akan melapangkan baginya kesempitan akhirat dan barang siapa yang meringankan seseorang yang berada dalam kesempitan, maka Allah akan meringankan ke atasnya di dunia dan akhirat. Allah tetap membantu seorang hamba selagi hamba itu membantu saudaranya yang islam. HUKUM MENERIMA GANJARAN Hukumnya harus mengambil ganjaran/upah dari pesakit atas usaha usaha pengubatan/rawatan yang menggunakan ayat ayat Al-Quran. Walaupun hukum menerima upah/ganjaran perubatan itu adalah harus, akan tetapi jika tidak diambil adalah lebih baik. Namun masa kini, bahan bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah dibeli dan diproses. Jadi memadailah perawat mengenakan upah yang berpatutan untuk kos bahan yang diperlukan untuk perubatan, tenaga dan belanja pengurusan. Wallahualam. |
Saturday, November 13, 2010
Khidmat Rawatan
Selamat datang ke Bumi Kenyalang "Welcome to the Land of Hornbill".
Kami mengucapkan berbanyak terimakasih kepada kedua dua pelancong iaitu Mr. Danabalan dari Singapura dan Mr. Ben dari Canada kerana sudi mencuba dan berpuas hati dengan khidmat rawatan yang diberikan.
Hasil dari rawatan ini, sebab sebab dan permasalahan yang berkaitan dengan kesihatan yang dihidapi telah didedahkan dan diatasi. Keputusan/perubahan yang positif amat ketara sekali setelah sesi rawatan pertama kepada kedua dua pasien saya. Susulan dari itu mereka tidak teragak agak untuk menerima rawatan seterusnya iaitu Kiropraktik.
Kami mengalu alukan kedatangan kalian lagi ke Kuching dan individu individu yang berhasrat untuk rawatan dengan kadar yang berpatutan.
Visit Our Online store
Subscribe to:
Posts (Atom)