2

Pengiktirafan

Produk Herba

Khidmat Rawatan Kami
---
Perihal Perubatan
HIV - Info dari PU

Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari ubatan HIV telah dilakukan di seluruh dunia. Tiba-tiba kita digegar oleh penemuan seorang ulamak dari Yaman.(Shiekh Abdul Majid) Walaupun ianya dipertikaikan namun mereka boleh membuktikan ratusan patien yang sembuh dengan perubatan mereka. Syukur. Rahsia ini menjadi kajian di barat sehinggakan mereka sangat cemburu dengan penemuan ulamak Islam dari negara tersebut.

Di negara kita pula ,banyak juga kita mendengar ada klinik yang mampu mengubati penyakit HIV dan ada pula yang dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana dakwaan mereka itu. Kenapa isu HIV sangat sensitif? dimana ada masalah disitu ada peluang.....sesiapa yang menjumpai ubatannya akan sangat terkenal didunia pengubatan dan penjualan ubatan tersebut juga menjadi besar.
Baca seterusnya

Pandangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi
Berubat menggunakan ubatan haram didalam bab (ضرورة الدواء) darurat kerana berubat, didalam buku halal dan haram (ms 49-50) (terjemahan Ustaz Zainys, al-ahkam):
Hide ....Baca Seterusnya

3

HUKUM MENUNTUT ILMU PERUBATAN
Alim ulamak bersepakat mengatakan bahawa menuntut ilmu perubatan itu hukumnya adalah fardu kifayah atau satu tanggungjawab yang dikenakan keatas orang islam secara umum untuk mempelajarinya. Ganjarannya amat luas jika dilaksanakan dengan jalan yang diredhai Allah.
Baca seterusnya

Kami Sedia Membantu Menyelesaikan Masalah Anda
Klik imej untuk keterangan lanjut.
Rahsia Kuat Sex
Ubat Kencing Manis 1
Ubat Kencing Manis 2
Ubat Kanser Payu Dara
Ubat Gout
Ubat Buasir

Tuesday, October 26, 2010

Diabetes/Kencing Manis

Apakah Diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 di mana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Jenis jenis Diabetes

Terdapat dua jenis diabetes utama:

Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di antara kedua-dua jenis di atas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.


Tanda-Tanda Diabetes!


* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal
* Lemah Tenaga Batin
* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas


Jangan biarkan gejala ini berlarutan. InsyaAllah kami ada solusi untuk ANDA. Klik sini untuk mengetahuinya.


Risiko Diabetes
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk  menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
* Tekanan darah tinggi
* Tidak aktif -gaya hidup sedentari
* Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi kami di 0109672968 untuk diagnosis dan rawatan.


Komplikasi Diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf .
kerosakan jangka panjang:

* Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta

* Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene

* Otak - Angin ahmar (stroke)

* Buah pinggang - kegagalan buah pinggang

* Jantung - Sakit jantung

Jangan biarkan gejala ini berlarutan hingga menyebabkan kesemua organ di atas gagal berfungsi sepenuhnya. InsyaAllah kami ada solusi untuk ANDA. Klik sini untuk mengetahuinya.


Sunday, August 22, 2010

Kiropraktik

Sakit belakang atau pinggang biasanya disebabkan oleh kecederaan atau ketegangan dan tiada ubat ajaib untuk mengatasi masalah ini. Biasanya belakang kita akan sembuh dengan sendirinya, namun dalam suatu jangkamasa yang tertentu. Walau bagaimanapun, rawatan seperti kiropraktik atau menggunakan "Tunku Panas" (batu bata yang dipanas dengan kadar kepanasan yang memadai) boleh melegakan sistem tubuh badan kita menjalankan proses penyembuhan.


Kaedah Rawatan
Rawatan kiropraktik adalah gabungan senaman dan pijakan/tekanan dengan tangan yang bersilang dengan kadar tekanan yang minima bagi melegakan otot otot sebelum penyelarasan tulang belakang atau slip disc. Matlamat utamanya adalah untuk menggembalikan tulang belakang atau disc kepada kedudukan asal dan hasilnya akan mengurangkan atau menghilangkan sakit belakang. Semasa penyelarasan, kiropraktor akan menggunakan tangan untuk menekan sendi-sendi, menekannya melebihi julat gerakkan normalnya. Biasanya semasa penyelarasan ini akan diikuti dengan bunyi 'pop' atau 'krak'. Bunyi ini menandakan tulang atau disc telah kembali ke kedudukan asalnya.

Selain dari pijakan dengan kaki pada bahagian betis hingga ke peha, tekanan dengan tangan pada bahagian tubuh, regangan juga memainkan peranan yang penting untuk merehatkan otot-otot yang menguncup atau tersimpul. Setelah dilakukan proses di atas, adakalanya pasien akan terasa loya, pening-pening kerena peredaran darah yang luar biasa mengalir dalam badan selepas penyelarasan. Simptom ini akan berakhir beberapa minit sahaja berdasarkan pengalaman penulis melakukan rawatan kiropraktik.

Tulang belakang terdiri daripada ruas Cervical (7), ruas Thoracic (12), ruas Lumbar (5),ruas Sacrum , ruas Coccyx (tulang ekor)

Punca sakit tulang belakang
A. Ibu Hamil
i- Posisi tulang belakang dalam keadaan tidak normal kerana mengimbangi berat kandungan.
ii- Semakin lama kandungan menjadi semakin berat
iii- Dibetulkan selepas melahirkan anak.

B. Cara menyambut anak ketika kelahiran.
i- Dislokasi tulang cervical
ii- Penglihatan menjadi rabun sejak kecil
iii- Pendengaran juga menjadi kurang peka.
iv- Setengahnya melibatkan bahagian otak yang mengakibatkan masalah kecerdasan akal.

C. Kecederaan/kesakitan sebelah kaki

Berjalan dalam keadaan berat sebelah juga memberikan kesan pada tulang belakang.

D. Duduk yang lama terutama diatas kenderaan

Berlaku ketegangan ligamen yang menarik ruas tulang belakang.

E. Duduk atau tidur dalam posisi yang tidak betul

Tulang bergerak dari kedudukan normalnya.

F. Kasut yang kurang kualiti

Hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.

G. Kecederaan sewaktu mengangkat barang yang berat

Berlaku perubahan lokasi tulang dan baisanya berbunyi agak kuat.

H. Tilam yang tidak berkualiti

Tulang belakang mengikut bentuk kelenturan tilam yang tidak selesa .

I. Lumpuh

Sebahagian tubuh menjadi lemah mengakibatkan keadaan menjadi semakin teruk.

J. Kecederaan sewaktu bersukan.
Boleh berlaku perubahan kedudukan tulang akibat gerakan yang kuat.

K. Jatuh ketika kecil (baru berjalan)

Kesan jatuh masa kecil akan mula dirasai kemudiannya.

L. Bantal tidur yang terlalu tinggi.
Bantal tidak boleh terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.

M. Obesiti

Berat badan yang berlebihan menyebabkan tidak bermasalah.

N. Kemalangan

Akibat dari kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.

O. Kurang air dalam badan.
Kekurangan air menyebabkan tulang sentiasa kering dan kehausan tulang boleh berlaku..

Sakit belakang
Bukan semua sakit belakang berasal dari tulang belakang kerana kemungkinan juga berlakunya jangkitan dibuah pinggang atau daripada masalah kawasan peranakan(wanita). Banyak juga disebabkan kekurangan air dalam badan atau kerana terlalu banyak meminum teh, kopi atau herba diuretic.

Selain daripada dislokasi tulang terdapat beberapa factor lain yang perlu diambil kira seperti:

1. Patah
2. Tulang haus
3. Tulang kering

4. Bentuk tulang.


Terdapat bentuk tulang dalam keadaan tertentu seperti

a. Lordosis dan kifosis(bongkok)
b. Skoliosis.(tulang bentuk s)


Pemahaman Ilmu PTB
Tulang belakang yang terdiri dari ruas-ruas yang berpisah juga merupakan satu jaringan saraf yang mengunjur dari kepala sampai ke ruas akhir tulang(lihat gambar rajah di atas). Jaringan saraf ini mempunyai kaitan dengan semua organ sehingga dikatakan tulang belakang merupakan pusat kesihatan seluruh tubuh. Tulang juga sama seperti otot apabila ia digunakan ia menjadi semakin kuat dan penyempurnaan tulang belakang berlaku pada usia 20 – 30 tahun. Tulang terdiri daripada Kalogen(protein) dan mineral.
Keperluan kalsium untuk kekuatan tulang sebenarnya ialah 1000mg sehari. Namun bagitu calcium tidak berfungsi tanpa vitamin D. Menunggang kuda dan berenang merupakan dua bentuk riadhah yang membentuk tulang menjadi kuat disamping aktiviti berjalan kaki (laju )selama 20 minit sehari.


Pemeriksaan Tulang Belakang

Membuat pemeriksaan kesihatan tulang belakang boleh dilakukan tidak lebih dari 2 minit jika kita mempunyai kemahiran. Selain dari mendapat petunjukan daripada jawapan pesakit,beberapa organ zahir dapat dilihat secara jelas.

1. Jari tangan.
- Bengkok terutama jari kelingking
- Tidak sama bengkok antara kedua belah tangan.
- Rasa kebas di hujung-hujung jari.

2. Kepala

- Sakit kepala
- Stress yang berpanjangan
- Tekanan jiwa.

3. Pinggang
- Sakit dan menjalar sampai ke dua belah kaki.

4. Nadi kuat.